Saturday, 2 November 2013

JEMPUTAN KE MAJLIS BACAAN DOA AKHIR TAHUN 1434 H DAN AWAL TAHUN 1435 H, BACAAN YAASIIN SERTA SOLAT HAJAT SEMPENA PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA(SPM) 2013 M DI MADRASAH AL-IMAM TAMAN CEMPAKA

MADRASAH AL-IMAM TAMAN CEMPAKA SENAWANG
No. 21, Jalan Cempaka 7, Taman Cempaka Senawang,
70450 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus                                                  HP: 012-4346345 ( Pengerusi )


Rujuk                  :  PENT-MAITC/PMS/1315/05
Tarikh                 :  1 Nov 2013/ 26 Zulhijjah 1434 H
Email                  :  madrasahalimam@gmail.com
Facebook             : madrasahalimam.facebook.com
Blog                    :  madrasahtamancempaka.blogspot.com

Kepada:

Semua Penduduk Islam Taman Cempaka Dan Sekitarnya

tuan/puan ,

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh

JEMPUTAN KE MAJLIS BACAAN DOA AKHIR TAHUN 1434 H DAN AWAL TAHUN 1435 H, BACAAN YAASIIN SERTA SOLAT HAJAT SEMPENA PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA(SPM) 2013 M
DI MADRASAH AL-IMAM TAMAN CEMPAKA

Merujuk perkara di atas, Jawatankuasa Madrasah Al-Imam Taman Cempaka ingin memaklumkan mengenai majlis tersebut yang akan diadakan di Surau kita.

2. Sehubungan itu, kami dengan sukacitanya menjemput tuan/puan sekeluarga ke majlis tersebut. Ia akan di adakan seperti berikut:
 
Tarikh  : 4 Nov 2013 M/ 29 Zulhijjah 1434 H
Hari      : Isnin malam Selasa

3.   Aturcara majlis adalah seperti di bawah:

1:   .>0640-0650   Ketibaan Penduduk
2:   .>0650-0658   Bacaan Doa Akhir Tahun 1434 H
3:   .>0658-0715   Solat Maghrib/Bacaan Doa Awal Tahun 1435 H
4:   .>0715-0745   Tazkirah Ringkas
5:   .>0745-0810   Bacaan Yaasiin
6:   .>0820-0845   Solat Isyak/Solat Hajat
7:   .>0850-0920   Jamuan Ringan/Majlis Bersurai

4. Kepada penduduk yang ingin menyumbang kuih-muih dialu-alukan. Semoga dengan kehadiran tuan/puan sekeluarga memeriahkan lagi majlis tersebut serta mengukuhkan tali silaturrahim di antara penduduk Taman Cempaka.               

5.   Kerjasama pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian,Wassalam.



 ........................................................................
( USTAZ MUHAMAD KASIM BIN MAT YATIM )
 Pengerusi
 Madrasah Al-Imam    

 “ 1 Taman, Kebaikan Didahulukan, Keberkatan Berterusan.”